
Ini hadiah dari Daddy untuk harijadi Aliya yang ke lapan.
Aliya suka sangat hadiah ini kerana memang hadiah ini yang Aliya minta dari dulu.
Aliya mula meminati in line skate sejak Aliya nampak Maddy memakai sepasang dalam rancangan Kate Plus Eight di Astro.

Jika ada kelapangan Aliya akan berlatih di depan rumah Atuk dan Opah. Tapi Aliya paling suka bila Aliya melawat Mama di Kuala Lumpur.
Cuti sekolah Disember Tahun lepas, Mama membawa Aliya ke Taman Tasik Titiwangsa untuk berlatih. Aliya seronok sangat
