Cerita-cerita Aliya

Mama bersalin


Hari ini 20 Ogos 2008 Mama terpaksa ke Hospital Pantai Pandan Indah untuk bersalin.

Doktor kata Mama terpaksa dibedah untuk memudahkan Mama melahirkan Adik.

Aliya rasa takut dan banyak berdoa semoga Mama selamat.

Aliya tunggu di luar sebab kanak-kanak tak boleh masuk ke Wad Bersalin. Nasib baik Daddy bawa PSP jadi Aliya tak lah bosan sangat.

Pukul 3.45 petang Mama selamat melahirkan Adik. Kami namakan dia A'aesyah Marissa.

Sekarang Aliya sudah menjadi seorang kakak.